
AMARAN KESELAMATAN
Salam semua Families,
Untuk makluman pada hari ini Jumaat, 7 January 2010 sekitar pukul 11.50 tengahari, satu cubaan pecah rumah berjaya digagalkan. Suspek cuba memasuki rumah No:15 melalui laluan IWK ke pintu belakang. Tindakan cepat jiran bersebelahan menghubungi jiran-jiran yang lain ketika ternampak suspek yang sudah memasuki laman belakang telah menakutkan 2 orang rakan suspek yang sedang menunggu di atas motor terkejut setelah di tegur menggunakan pembesar suara.
Walaubagaimanapun suspek telah berjaya melarikan diri menuruni bukit sehingga ke kuil dan kebun sayur di bawah bukit.
Bag, 'cutter' dan screwdriver ditemui di tepi pagar laluan IWK
BERI PERHATIAN Dan LAKUKAN PERKARA BERIKUT:
1. Sila awasi dan catatkan nombor pendaftaran sekiranya terdapat kereta, motor dan van yang mencurigai melalui kawasan perumahan kita ini.
2.Sila lihat aktiviti dan pantau oleh orang yang mencurigakan seperti tukang sapu sampah, pemotong rumput, 'site worker'
Suspek:
3 Remaja sekolah menengah (15-17 tahun)
Modus operandi:
Menaiki 2 buah motorsikal Yamaha 125Z bewarna Baby Blue dan Hitam
Kejayaan membanteras Jenayah tersebut adalah hasil kerjasama yang erat sesama kita.
Bersamalah kita memelihara ;
KESELAMATAN
KESEJAHTERAAN
KEAMANAAN
kawasan kita ini
No comments:
Post a Comment