BPD Location

BPD Location

Perched on a hill nestled in its own natural greenery within the city...

Bukit Permata, Gombak is a 100 acres residential development in a pristine location within Kuala Lumpur. A tranquil place designed using the natural landscape and green surroundings, away from the hustle and bustle of the city. Its close proximity 15 minute to downtown Kuala Lumpur and a few other major areas such as Wangsa Maju, Kepong, Rawang.

The Bukit Permata 7/1 Downhill located at the end of Jalan BP 7. The significant of the housing layout which form as an island surrounded by the green that created a beautiful ambiance to this area. The strong "sense of community" will transform the life in BPD 7/1 more cheer and joyful...

Pages

Tuesday, August 24, 2010

Tempahan Kek Raya

Salam,

Kepada warga BP 7/1 yang berminat untuk order kek raya bolehlah menghubungi saya (ady) selewat-lewatnya pada hari Rabu (1/9/2010) dan akan diserahkan kepada tuan/puan pada Selasa (7/9/2010). Sekiranya ingin tempahan dihantar lebih awal dari tarikh yang ditetapkan (jika balik kampung) sila maklumkan.


ady 017.251.4797
zira 019.350.6648

Pandan Layer Jelly - RM7.00
Pandan Layer Cake - RM12.00
Pandan Cream - RM3.00
Chocolate Moist - RM9.00
Cheese Cake - RM10.00
Blueberry Cheese Tart - RM1.80 per pcs

Monday, August 16, 2010

Ambil Mood 'Selamat Hari Raya'..

P. Ramlee : Dendang Perantau (HQ Audio)

Majlis Berbuka Puasa & Aktiviti Mengacau Dodol

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa Semua...

Pada tahun ini, ada 2 acara untuk Majlis Berbuka Puasa :

1) Cadangan majlis berbuka puasa di luar kawasan BP akan diadakan pada :
Tarikh : 29 Ogos 2010 (Ahad)
Lokasi : Riverstone Eco Resort, Ulu Yam
Harga : Buffet Style - RM35.00 nett (dewasa), RM18.00 nett (kanak2 - 6 tahun keatas)
Bayaran : Kos atas tanggungan sendiri
*Sesiapa yang berminat sila beri nama pada Fuza/Kak Shida selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2010 untuk tempahan tempat.

2) Majlis berbuka puasa di BP 7/1 Downhill dan aktiviti mengacau dodol akan diadakan pada :
Tarikh : 4 September 2010 (Sabtu)
Lokasi : Rumah Jekub & Fuza
Keluarga yang terlibat : Samad, Jekub, Fikri, Ustaz, Abg Mizi, Mie, Abg Bain, Joe, Hazrein, Shahli, Ady, Abg Yanto, Rizal, Bakhtiar.....(sesiapa yang tak dapat join, sila bagitau ye)....

Menu berbuka & sahur : Potluck
- Nasi putih (Fuza & Kak Parida)
- Sup tulang/daging (Fuza)
- Sambal tumis udang (Kak Shida)
- Asam pedas (Kak Ina)
- Sayur goreng (Shasha)
- Ayam goreng berempah (Ifa)
- Sotong masak kari (Neti)
- Ikan cencaru sumbat (Am)
- Kerang bakar (Am)
- Sambal belacan + ulam-ulaman (Shasha)
- Bihun goreng (Kak Shida)
- Mee goreng (Nor)
- Mee rebus utara (Bakhtiar)
- Roti John & Murtabak (Kak Parida)
- Tauhu bakar & popia (Tasha)
- Kuih manis (Kak Wan)
- Bubur (Kak Lina)
- Buah-buahan (Kak Lina)
- Keropok ikan bilis & ais batu (Zira)
- Teh/Kopi/ Air kordial (Fuza & Kak Ina)
- Soya cincau (Zira)

*Perhatian: Pada kaum ibu (Ifa, Nur, Kak Wan, Kak Lina, Neti, Am, Zira, Shasha) sila ambil perhatian untuk menu yang tidak bernama itu.....Sila beritahu/sms/email menu yang anda akan bawa supaya tiada pertembungan menu yang sama....Tambahan menu dialu-alukan...Kerjasama dari anda amatlah dihargai....

Tugasan :
- Beli bahan untuk membuat dodol (Kak Parida)
- Beli peralatan seperti pinggan, sudu, garfu, cawan, tisu, bekas dodol (Kak Parida)

Duit kutipan untuk Dodol : Jumlah duit kutipan untuk satu keluarga akan diberitahu kemudian (pada sesiapa yang berminat dan tiada paksaan...sila beritahu jika berminat untuk tujuan anggaran pembelian bahan sebelum 1 September 2010)

Tukang Kacau Dodol : Pada kaum bapa yang terlibat, kehadiran anda untuk mengacau dodol adalah diwajibkan. Tenaga anda diperlukan disitu. Dodol akan dikacau selama 8 jam tanpa henti...makanan untuk bersahur akan disediakan....
*Pada keluarga yang terlibat dalam aktiviti mengacau dodol, bolehlah bermalam di rumah Fuza jika sudi...sila bawa toto, selimut & bantal ye...ruang tempat tidur disediakan....

Aturcara :
5.00 petang - Persiapan untuk berbuka bermula
7.19 malam - Berbuka puasa
8.00 malam - Solat maghrib, isyak, terawih
9.30 malam - Aktiviti mengacau dodol bermula
4.30 pagi - Bersahur di rumah Fuza
5.00 pagi - Dodol siap dimasak & dibungkus & diagihkan

Kerjasama dari anda semua amatlah dihargai dan jika terdapat sebarang cadangan, bantahan atau pendapat sila email, sms atau call ye......komen anda amatlah dialu-alukan....

Terima Kasih...