Aktiviti "birthday together2" untuk bulan kedua (Apr, May, June) dan kenduri doa selamat akan diadakan pada :
Tarikh : 3/7/10 - Sabtu
Lokasi : Rumah Kak Ina & Abg Mizi
Waktu : Acara 'birthday together2' - 5.00 petang (hightea)
Kenduri doa selamat - 7.00 malam
Individu yang diraikan : Ani, Shasha, Fuza, Samad, Ustaz, Fisha, Iman (Hazrein), Kak Ina, Irsya, Along, Hazrein, Izzat, Mursyid, Izzah, Amir
*Bagi majlis kenduri doa selamat di rumah Kak Ina & Abg Mizi semua rakan2 BP7/1 Downhill dijemput hadir.
Menu minum petang/hightea :
1) Bihun
2) Roti jala + kuah kari
3) Kuih bakar
4) Kek
5) Air soda bandung
6) Buah-buahan
Menu makan malam :
1) Nasi minyak
2) Ayam masak merah
3) Daging rendang
4) Dalca
5) Jelatah
6) Air kordial
7) Buah-buahan
8) Bubur kacang
Kos yang akan digunakan (anggaran) :
1) Menu minum petang untuk 40 orang makan = RM200
2) Hadiah (dewasa - RM15 x 7) & (kanak2 - RM10 x 8) = RM185
3) Pembalut hadiah = RM7
4) Kek = RM100 (3kg)
5) Pinggan, cawan, sudu, tisu = RM18
- Baki bawa kehadapan (sehingga 24/6/10) = RM165
- Kutipan untuk 10 keluarga (yg confirm join) = RM600
- Jumlah keseluruhan belanja untuk 'birthday together2' pada 3/7/10 = RM510
Aturcara :
5.00 petang - Jamuan minum petang & acara memotong kek bermula
7.30 malam - Solat Maghrib berjemaah & bacaan Yassin di rumah Kak Ina
8.45 malam - Solat Isyak berjemaah
9.00 malam - Makan malam bermula
-Duit kutipan sebanyak RM60 (utk 3 bulan) boleh la dibayar pada Fuza selewat2nya pada 26/6/10
*Jika ada apa2 cadangan, pendapat atau bantahan sila komen kat shoutbox, email, sms utk berbincang....komen anda amatlah dialu2kan.
Terima kasih....